Tuesday, August 2, 2011

puasa

kalau dulu zaman kanak-kanak dan masih sekolah rendah tahap 1,  hari ni puasa 1/2 hari esok puasa lagi 1/2 hari, tambah dua-dua cukuplah  sehari. tapi hari ini anak-anak diajar puasa bg habis sehari. itulah beza puasa zaman kanak-kanak aku dulu di kampung dan kanak-kanak sekarang , anak-anak aku la. Alhamdulillah anak-anak aku mampu berpuasa walaupun tinggal juga sehari dua dalam sebulan.
jika dulu bangun sahur  riuh sekampung pakat kelui jiran bangun, tapi sekarang sunyi sepi. Time berbuka jenuh bang telinga nak dengar ketukan berbuka daripada surau hujung kampung dah tu kalau dah berbuka baru dengar orang bang ka anggaplah tok bilal tu buka puasa dulu baru bang (azan), sekarang ni info berbuka sangat jelas kat astro, radio, handphone dll lg.
puasa dulu sungguh meriah dan amat menyeronokkan kerana bertukar-tukar juadah berbuka. tapi sekarang nak bertukar-tukar juadah tak mampu kerana tak larat nak buat kuih sendiri. kalau buatpun untuk keluarga sendiri saja. banyak yang beli di pasar ramadhan.
jika dulu kanak-kanak disuruh berpuasa tetapi tidak disuruh sembahyang, alhamdulillah anak-anakku disuruh buat keduanya. puasa tak sembahyang tak tau aku nak cakap sbb aku bukan ustazah. sedihnya berpuasa tapi tak sembahyang kedua-duanya adalah wajib.