Wednesday, July 27, 2011

kabus

tika ini
taman ini diseliputi kabus
menanti mentari menyinar menyerap embun
pagi yang cerah sentiasa dinanti
agar siang berlalu dengan senyuman
semoga esok tiada penyesalan

Friday, July 22, 2011

hati ini

hati ini
senantiasa
dalam kenangan
mensyukuri nikmat
menerima takdir dengan terbuka
hanya aku yang sedar
berdoa dalam diam
dalam menyerah kepada Allah
aku berusaha segala
ibadatku....yang termampu
semoga Allah menerimanya

hati ini
kekadang kecewa
kekadang mengalah
kekadang marah
kekadang bersedih

hati ini
juga terasa
melawan perasaan
cuba menerima dengan terbuka
kerana takdir
namun berdoa tidak ku lupa
demi kejayaan dunia dan akhirat

hati ini
 hanya aku yang tahu
insan lain hanya melihat
hanya menilai

hati ini
terlalu banyak untuk disuratkan

hati ini
senantiasa mengharapkan
kebaikan di dunia
halangan didunia
lakonan didunia ini
membawa kesyurga....

Sunday, July 10, 2011

jaga kasut sekolah

jalan berhati-hati takut kasut kotor. maklumlah jalan kecil tepi longkang sawah. kanan kiri rumput dan lalang yang panjang. ditambah pula selut tanah merah dan lopak air hujan. sat jalan kiri sat jalan kanan lari dari selut , lopak dan rumput lalang yang basah akan kotorkan kasut sekolah aku. punyalah hati-hati, kadang-kadang pakai kasut dan sarung pulak plastik renyau punyalah jaga tak bagi kasut kotor.
pernah jugak aku ceritakan hal ini kat anak-anak supaya menghargai nikmat dengan basuhlah kasut dan stokin sekolah pada hari cuti sekolah. dahlah p sekolah dengan kereta, tak teruk nk jaga nk bg elok. tp tulah mereka hidup dalam kesenangan tk pandai menghargai apa yang mereka ada.

Saturday, July 2, 2011

dalam kenangan 1

"Hang sekolah nanti dunia ni kiamat" kata-kata itu bermain dikepala aku. Lagipun dunia ni orang kata ibarat jaraknya jari penunjuk dengan jari hantu tak jauh la tu....alamak! aku tak sempat nak jejak kaki ke sekolah sebab bila sampai masa aku masuk darjah satu dunia ni kiamat. Tapi tak apa, aku budak-budak lagi tak berdosa lagi jadi tak masuk nerakalah.