Friday, July 22, 2011

hati ini

hati ini
senantiasa
dalam kenangan
mensyukuri nikmat
menerima takdir dengan terbuka
hanya aku yang sedar
berdoa dalam diam
dalam menyerah kepada Allah
aku berusaha segala
ibadatku....yang termampu
semoga Allah menerimanya

hati ini
kekadang kecewa
kekadang mengalah
kekadang marah
kekadang bersedih

hati ini
juga terasa
melawan perasaan
cuba menerima dengan terbuka
kerana takdir
namun berdoa tidak ku lupa
demi kejayaan dunia dan akhirat

hati ini
 hanya aku yang tahu
insan lain hanya melihat
hanya menilai

hati ini
terlalu banyak untuk disuratkan

hati ini
senantiasa mengharapkan
kebaikan di dunia
halangan didunia
lakonan didunia ini
membawa kesyurga....

No comments:

Post a Comment