Monday, November 14, 2011

bila hati berbicara bila bersuara berlinangan air mata

bila hati berbicara suara tertanam
bila suara bergema airmata berlinang

setiap insan punya kekurangan
lantas itulah
setiap pasangan saling melengkapi

walaupun pasangan burung dilanggit
membina sarang di hujung ranting bersama
demi, telur  yang akan menetas
 menjadi anak
belajar makan dan terbang sebelum bebas di angkasa

bila hati berbicara suara tertanam
bila suara bergema airmata berlinang

bila bersuara
ada yang terluka
bila hati berbicara
terpendam di dada
................tiada kesudahan

 bila bersuara
ada yang terluka
namun harapan adalah sebuah pengertian
" RUMAHKU SYURGAKU"

Monday, September 19, 2011

bergambar kenangan bersama suami tersayang selepas melepasi  cop borderpass Malaysia-Thailand (rombongan sekolah ke Hat Yai).

Friday, September 2, 2011

purdah

seorang anak bertanya kepada bapanya bolehkah dia berpurdah. bapanya menjawab jadilah seorang yang bijak( luas maknanya yang tersirat) dahulu sebelum berpurdah.

layakkah diri


 biar ilmu dunia dan akhirat penuh di dada, bijak dan berhemah menyelesaikan masalah, bersopan santun berlemah lembut bila berbicara, hormat orang tua, menilai diri adakah layaknya, gadis melayu tidak ganjil menutup aurat sepenuhnya tetapi hati perlu dijaga, jgn memandang yg tidak menutup aurat itu terus ke neraka kerana seorang pelacur dengan satu kebaikan memberi minum seekor anjing dijanjikan syurga. semoga yang tidak menutup aurat di khalayak bukan saudaranya mendapat petunjuk daripada Allah. kita hanya mampu berdoa ALLAH yng lebih mengetahui. Perbaikilah diri dan berusaha kearah kebaikan dan kejayaan diri sebelum memikirkan kelemahan orang lain...

Tuesday, August 2, 2011

puasa

kalau dulu zaman kanak-kanak dan masih sekolah rendah tahap 1,  hari ni puasa 1/2 hari esok puasa lagi 1/2 hari, tambah dua-dua cukuplah  sehari. tapi hari ini anak-anak diajar puasa bg habis sehari. itulah beza puasa zaman kanak-kanak aku dulu di kampung dan kanak-kanak sekarang , anak-anak aku la. Alhamdulillah anak-anak aku mampu berpuasa walaupun tinggal juga sehari dua dalam sebulan.
jika dulu bangun sahur  riuh sekampung pakat kelui jiran bangun, tapi sekarang sunyi sepi. Time berbuka jenuh bang telinga nak dengar ketukan berbuka daripada surau hujung kampung dah tu kalau dah berbuka baru dengar orang bang ka anggaplah tok bilal tu buka puasa dulu baru bang (azan), sekarang ni info berbuka sangat jelas kat astro, radio, handphone dll lg.
puasa dulu sungguh meriah dan amat menyeronokkan kerana bertukar-tukar juadah berbuka. tapi sekarang nak bertukar-tukar juadah tak mampu kerana tak larat nak buat kuih sendiri. kalau buatpun untuk keluarga sendiri saja. banyak yang beli di pasar ramadhan.
jika dulu kanak-kanak disuruh berpuasa tetapi tidak disuruh sembahyang, alhamdulillah anak-anakku disuruh buat keduanya. puasa tak sembahyang tak tau aku nak cakap sbb aku bukan ustazah. sedihnya berpuasa tapi tak sembahyang kedua-duanya adalah wajib.

Wednesday, July 27, 2011

kabus

tika ini
taman ini diseliputi kabus
menanti mentari menyinar menyerap embun
pagi yang cerah sentiasa dinanti
agar siang berlalu dengan senyuman
semoga esok tiada penyesalan

Friday, July 22, 2011

hati ini

hati ini
senantiasa
dalam kenangan
mensyukuri nikmat
menerima takdir dengan terbuka
hanya aku yang sedar
berdoa dalam diam
dalam menyerah kepada Allah
aku berusaha segala
ibadatku....yang termampu
semoga Allah menerimanya

hati ini
kekadang kecewa
kekadang mengalah
kekadang marah
kekadang bersedih

hati ini
juga terasa
melawan perasaan
cuba menerima dengan terbuka
kerana takdir
namun berdoa tidak ku lupa
demi kejayaan dunia dan akhirat

hati ini
 hanya aku yang tahu
insan lain hanya melihat
hanya menilai

hati ini
terlalu banyak untuk disuratkan

hati ini
senantiasa mengharapkan
kebaikan di dunia
halangan didunia
lakonan didunia ini
membawa kesyurga....